MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Monday, July 7, 2008

LAWATAN RASMI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Rabu, 09 April 2008 — TLDB telah menerima lawatan Rasmi rombongan dari Pegawai Kadet Laut Diraja Thailand bertempat di Pelabuhan Komersial Muara dengan menggunakan 2 buah kapal perang Diraja Thailand iaitu HTMS Naresuan dan HTMS Saiburi. Ketibaan kapal telah disambut oleh anggota tentera laut yang diketuai oleh Pemangku Pemerintah Armada, YM Lt Kol (L) Hj Aznan bin Hj Julaihi dan Mej (L) Pg Mohammad bin Pg Hj Damit, Timbalan Pegawai Turus Gerakan TLDB. Lawatan Rasmi 5 hari ini bermula pada 09 hingga 13 April 2008. Kedua kapal Diraja Thailand ini di anggotai oleh 272 orang pegawai kadet. Semasa berada di Negara Brunei Darussalam anak-anak buah kapal juga sempat membuat lawatan ke Royal Regalia, Kampong Air, Museum dan Mahkota Kristal.

Turut bersama kapal perang Diraja Thailand adalah Pemerintah Akademi, Pegawai Kadet Pemerintah Laut Diraja Thailand iaitu Rear Admiral Prasan Sukkaset. Beliau sempat membuat kunjungan hormat kepada Pemangku Pemerintah TLDB, YM Kolonel (L) Abd Halim bin Hj Mohd Hanifah di Mes pegawai TLDB.

Disebelah malamnya HTMS Naresuan mengadakan resepsi makan malam yang dihoskan oleh Rear Admiral Prasan Sukkaset. Hadir sebagai tetamu kehormat di resepsi tersebut adalah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Hj Awang Halbi bin Hj Md Yussof, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

No comments: