MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Sunday, July 6, 2008

MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI MEMERINTAH KUARTERMASTER

Muara , Jumaat, 11 April 2008 — Satu Majlis Doa Kesyukuran bagi persaraan 499 Mejar (L) Pg Hj Mahsor bin Pg Salleh telah diadakan di bilik mesyuarat KuaterMaster. Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat diketuai oleh Tuan Imam Zakaria bin Hj Jalin, Imam Surau TLDB.

Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bantu. Sepanjang perkhidmatan, Mejar (L) Pg Hj Mahsor sangat disenangi dan dihormati oleh semua kakitangan beruniform, TEMD ataupun CMO. Di sepanjang 30 tahun perkhidmatan dengan ABDB, beliau adalah pegawai yang dedikasi dan di senangi ramai.

No comments: