MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Sunday, July 6, 2008

TENTERA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN LAUT (TNI AL)

SEJARAH RINGKAS

Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut telah ditubuhkan pada 22 Ogos 1945. Pada ketika itu ianya dikenali sebagai Badan Keamanan Rakyat. Aset-aset yang terdapat pada masa itu hanya berberapa buah kapal kayu, kapal pendarat manakala senjata yang dimiliki hanyalah senjata yang ditinggalkan oleh Tentera Jepun selepas Perang Dunia Kedua. TNI AL ini tertubuh dengan pertolongan daripada Akademi Laut Belanda. Pada 5 Oktober 1945 ianya ditukar nama ke Angkatan Laut Republik Indonesia (ALRI). Pada 5 Disember 1959 ALRI menubuhkan Armada Pertama dengan menggunakan kapal-kapal jenis ‘frigate’ dan ‘destroyer’ bekas Tentera Laut Belanda. Selepas 1959 ALRI mula membeli kapal-kapal dari negara Europah Timur dan Pakatan Russia. Pada tahun 1970 ianya sekali lagi bertukar nama kepada Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut dan kekal digunakan hingga kehari ini.

Selepas tahun 1970, Indonesia telah memutuskan hubungan perikatan diplomatik dengan Pakatan Russia dan langkah tersebut telah menukar hala TNI AL yang mula membeli kapal-kapal bekas Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Diraja Australia.



ORGANISASI MASA INI

Pada masa ini TNI AL terbahagi kepada dua unit besar iaitu Armada Barat yang berpangkalan di Jakarta dan Armada Timur yang berpangkalan di Surabaya.

TNI AL pada masa ini mempunyai 74 000 anggota. Jumlah kapal TNI AL adalah sebanyak 195 buah dan terbahagi kepada kelas-kelas seperti di bawah ini:

7 x ‘Frigates’
21 x ‘Corvettes’
2 x ‘Submarines’
35 x ‘Patrol Craft’
7 x ‘Attack Patrol Craft’
12 x ‘Mine Sweepers’
8 x ‘LST’
6 x ‘LSTH’
12 x ‘LS
4 x ‘Large Landing Craft’
50 x ‘Small Landing Craft’
3 x ‘Multi role vessel’
2 x ‘Support Vessel’
1 x ‘Command Ship’
5 x ‘Tankers’
1 x ‘Repair Ship’
2 x ‘Tug Boat’
1 x ‘Hydrografic Survey’
2 x ‘Research Ship’
4 x ‘Support Ships’
4 x ‘Troop Transporter Ship’
2 x ‘Sail Training Vessels’

No comments: