MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Sunday, July 6, 2008

MAJLIS PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN BAGI ORGANISASI LOGISTIK & KEJURUTERAAN ABDB 2007


ICC Berakas, 01 Februari 2008— Seramai 16 anggota dan kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB telah menerima anugerah penghargaan dan pengiktirafan daripada Jabatan Pemeliharaan, Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan.

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan bagi Organisasi Logistik dan Kejuruteraan ABDB 2007 Ini adalah yang kedua diadakan secara serumpun iaitu daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB, Kejuruteraan TUDB, Kejuruteraan Darat PB ABDB dan Depoh Logistik PB ABDB yang dianjurkan oleh Jabatan Pemeliharaan, Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan.

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan pada malam itu diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Yang Mulia Kolonel Dato Paduka Pg Hj Azmansham bin Pg Hj Mohammad, Komandan Perkhidmatan Bantu ABDB.

Matlamat utama majlis itu diadakan untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli di dalam organisasi, bagi meningkatkan lagi produktiviti, selaras dengan Program Perkembangan Kejuruteraan ABDB. Ianya juga berfungsi sebagai perkumpulan agung bagi organisasi yang dimaksudkan, agar ahli-ahli di dalam organisasi tersebut mendapat peluang untuk mengiratkan tali silaturahim antara satu sama lain, dan bertukar-tukar pendapat serta buah fikiran dalam urusan-urusan seharian.

Penerima bagi anugerah tersebut adalah:

1. Kakitangan Teknikal Awam (CMO) - Asmali bin Omar
2. Penolong Jurutera (Marine) - Junit bin Hj Damit
3. Penolong Jurutera (Persenjataan) - Mohd Sandy bin Ramli
4. Penolong Jurutera (Rakap) - Raminor bin Hj Abd Rahman
5. Penolong Jurutera (Pangkalan) - Mohd Haris bin Hj Zubaidi
6. Jurutera (Marine) - Arnel Jayme Ramos
7. Jurutera (Persenjataan) - Suriyati bte Hj Mohiddin
8. Jurutera (Rakap) - Omar bin Aziz
9. Jurutera (Pangkalan) - Abd Hamid bin Mohd Yussof
10. Jurutera Kanan Terbaik - Hj Jahmin bin Hj Jaafar
11. Anggota Jabatan Logistik Terbaik - 20258 PW2 Normah bte Madil
12. PTB Rendah (Teknikal Pangkalan) - 13012 Kpl (L) Dahlan bin Hj Setia
13. PTB Kanan (Teknikal Pangkalan) - 9217 SSjn (L) Taufik bin Ali Hassan
14. PTB Rendah (Teknikal Kapal) - 13998 Lkpl (L) Khairul Ariffin bin Aiani
15. PTB Kanan (Teknikal Kapal) - 8045 PW1(L) Norli bin Moto
16. Bengkel Contoh Tahun 2007 - Bengkel Kimpalan (Platers)

No comments: