MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Monday, July 7, 2008

PEMERINTAH TLDB MENERIMA KUNJUNGAN RASMI PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Jumaat, 14 Mac 2008 — Tentera Laut Diraja Brunei telah menerima kunjungan rasmi Pemerintah Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu Laksamana Tan Sri Ramlan bin Mohamad Ali sempena lawatan perpisahan beliau. Beliau kemudian memeriksa kontinjen kawalan kehormatan TLDB yang diketuai oleh Lt (L) Ak Md Faren bin Pg Mohd Noor dan seterusnya menerima tabik kehormat panglima.

Kunjungan Tan Sri ke Negara Brunei Darussalam adalah dalam rangka lawatan perpisahan selama 2 hari bermula pada 14 hingga 15 Mac 2008.

No comments: