MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 002 - Edisi 01 / April 08

Sunday, July 6, 2008

PENEMPATAN SEMENTARA PESERTA-PESERTA PROGRAM PUSAT PEMBANGUNAN BELIA KE BAHAGIAN KEJURUTERAAN TLDB

Bahagian Kejuruteraan telah menerima seramai 2 orang peserta dari Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjalani latihan penempatan dibeberapa bahagian bengkel kejuruteraan TLDB. Mereka akan menjalani penempatan selama 6 bulan bagi sesi Mei / Oktober 2008. Tujuan penempatan adalah bagi penyerapan pelajar-pelajar ke dalam bidang kejuruteraan. Mereka itu adalah:

1. Muhammad Hanif bin Awg. Masri
2. Albysurati binti Senang

Tujuan utama peserta PPB ini adalah semata-mata untuk pendedahan asas kejuruteraan dan seterusnya mendapatkan latihan secara pratikal yang berorientasikan suasana kerja yang sebenar. Peluang ini amat berharga bagi mereka di masa akan datang untuk menambah pengalaman dan membantu untuk mencari pekerjaan di masa akan datang.

Penempatan ini adalah salah satu projek Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB untuk menerima pelajar-pelajar dari pendidikan teknikal dan vokasional bagi menjalani latihan asas kejuruteraan. Ini adalah satu penghargaan dan kepercayaan daripada Pusat Pembangunan Belia (PPB), Jabatan Teknikal dan Vokasional kepada TLDB atas kerjasama yang baik demi untuk membangunkan anak watan.

No comments: